Home Agent Pengedar/ Agent Tasneem Naturel Bangi Kajang, Selangor
Pengedar/ Agent Tasneem Naturel Bangi Kajang, Selangor

Pengedar/ Agent Tasneem Naturel Bangi Kajang, Selangor

0
0

Kami ingat lagi masa tu Hannah umur setahun lebih. Balik dari taska tengok dia okay. Main gurau dengan abang kakak macam biasa. Perasan juga dia batuk tapi tak kerap. Malam tu sebelum tidur memang dah nampak lain sebab Hannah asyik batuk. Kerap batuk. Kuat pula tu. Batuk macam orang tua. Kesian sangat. Tengah malam pun asyik terjaga sebab dia sampai duduk sebab nak batuk.

 

Esok pagi kami terus bawa ke klinik . Doktor kata paru paru sempit ni. Pelik juga sebab tak dengar  pun bunyi kahak. Hannah ambik neb 2 kali. Baru nampak dia ok sikit.

 

Pengedar/ Agent Tasneem Naturel Bangi Kajang, Selangor

 

Lepas balik klinik kami pun hantar Hannah ke taska macam biasa. Kami ke tempat kerja masing masing. Tiba tiba waktu rehat pengasuh telefon bagitau Hannah tak boleh tidur asyik batuk tak berhenti. Kami terus balik ambik Hannah bawa ke klinik semula.

 

Dalam kereta Hannah macam tak tentu arah. Nak menangis tapi tak lepas. Nafas pendek. Menangis merengek dan batuk. Tak boleh duduk dia . Resah. Saya dah risau . Suami suruh panggil panggil nama Hannah tak mau bagi dia lena.

Suami memang ada asma jadi dia tau perasaan orang kena asma sesak nafas tu macam mana.

 

Sampai ke klinik terus mintak fast lane. Alhamdulillah dimudahkan. Nurse bawa terus ke bilik rawatan ambik neb. Doktor kata kena 2 kali neb. Lepas procedure doktor kata masih ada bunyi lagi . Maksudnya paru paru masih sempit. Perlu ambik neb lagi 4 jam sekali. Kena warded lah nampaknya.

Degil betul kahak Hannah. Kami sapu minyak yang biasa abangnya guna waktu asma. Tapi kulit Hannah tak tahan. Merah dan menggaru pulak dia. Saya sapu nipis. Lepas 2 hari buat fisioterapi untuk kahak alhamdulillah discharge.

 

Sejak dari tu Hannah pun memang kena pantau sama macam anak Yang sulung Haziq.

 

Suatu hari Allah gerakkan hati saya untuk join dropship balm Tasneem. Saya jadi agent terus. Saya memang tak pernah guna sebelum ini. Balm pertama Yang Saya guna adalah CFrub. Saya sapu CFrub dibahagian dada depan belakang Hannah setiap hari pagi petang dan sebelum tidur. Yelahkan tak nak lah peristiwa ngeri berulang lagi. Alhamdulillah sejak amalkan CFrub Hannah kurang batuk.

Hannah ada juga kena lagi batuk asma dan perlukan neb. Saya ambik langkah awal. Memang sebelum dan selepas neb sapu Cfrub. Yang bestnya neb ambik sekali je. Lepas tu clear. Bila batuk dengar kahak dah longgar. Kahak dah cair lah tu. Lega.

 

Alhamdulillah syukur sangat. Hingga sekarang saya guna balm CFrub untuk Hannah dan anak yang lain. Di samping tu kena  jugak patuh  arahan  doktor. Elak benda benda atau makanan penyebab asma. Kita ikhtiar Allah Yang izinkan, InshaAllah.

 

Saya agent TasneemNaturel. Boleh klik link ni ye www.wasap.my/60137454428/blogbalm

 untuk nak tau lagi tentang balm yang best sangat ni, cod bangi n kajang Selangor.

Facebook Comments