Free shipping for orders over RM250.00 applicable for Peninsular Malaysia only.

CARA MUJARAB REDAKAN KEMBUNG PERUT BAYI SECARA SEMULAJADI

PETUA MUJARAB HILANGKAN KEMBUNG PERUT BAYI SECARA SEMULAJADI

Bayi dan masalah kembung bayi sangat sinonim, ia sesuatu yang kerap berlaku terutama sekali bagi bayi yang berumur 6 bulan ke bawah dan ada juga sesetengah bayi yang berlanjutan hingga 9 bulan. Biasanya kita akan nampak ia bermula pada usia bayi 2 ke 3 minggu dalam tempoh berpantang dan boleh berlanjutan sehingga 3 ke 4 bulan usia bayi. Kajian menunjukkan hampir 50% bayi yang lahir mengalami kembung perut. Jumlah yang banyak hampir separuh dari kelahiran bayi normal berpotensi untuk kembung.

Antara punca bayi mengalami kembung perut adalah lekapan yang salah ketika menyusu badan boleh menyebabkan bayi menelan udara dan menyebabkan gas usus. Selain itu, pemakanan ibu menyusu juga dan faktor susu formula tidak sesuai juga ada kaitan dengan bayi kembung.

Bila bayi anda mula menangis, merengek adakala tidak boleh tidur malam sampai ke pagi akibat kembung. Anda boleh periksa keadaan bayi melalui tanda tanda berikut.

.
Tanda Bayi Kembung Perut

Apabila bayi kerap menangis dan merengek tanpa sebab yang jelas berterusan dan lama, cuba periksa perutnya. Dan kebiasaannya tangisan ini kita akan kerap dengari bermula petang. Kalau perut bayi agak keras dan kerap buang angin, ini merupakan tanda bayi alami kembung perut.

Selain itu, tanda lain bayi akan keraskan kaki, menarik kedua belah kaki ke bahagian perut, dan tangannya digenggam.

Petua Mudah Untuk Atasi Kembung Perut Pada Bayi

Ada beberapa petua yang berkesan boleh dilakukan bila bayi kembung. Antaranya:

1. Tenangkan bayi
Semasa bayi menangis boleh cuba mendukung bayi, dodoikan untuk tenangkannya daripada suasana bising, dapatkan keadaan yang tenang untuk bayi.

2. Urutan Lembut
Urutan boleh dibuat pada bahagian perut bayi dan belakang bayi, tapak kaki dan juga betis bayi. Urutan pada betis bayi dibuat dari atas ke bawah berulang kali dengan lembut untuk beri keselesaan pada bayi.

Cuma titiskan minyak Stommy Oil Tasneem / Trub balm Tasneem dan buat urutan lembut dan boleh buat urutan ‘I Love U’ di bahagian perut.

Minyak ni kaya dengan lebih 5 jenis essential oil bantu sistem penghadaman lancar, buang angin dalam badan dan ia tak panas. Sangat sesuai untuk bayi newborn dan ia selamat bebas dari bahan kimia berbahaya.

TEKNIK URUTAN I LOVE YOU
Saya tunjukkan teknik urutan i love you yang amat berkesan untuk bayi selesa, inilah tips kembung bayi utama.

3. Tuam perut bayi untuk menghangatkan perut.
Alat tuam bayi boleh juga buat sendiri dengan mengambil sedikit halba dan dimasukkan ke dalam kain dan diikat kemas seperti bunjut. Setiap kali lepas mandikan bayi, panaskan seterika, hangatkan bunjut tadi, dan tuamkan pada perut bayi. Atau boleh juga setiap kali nak tuamkan bayi gorengkan halba tanpa minyak sebentar di dalam kuali. Awas! uji dulu tahap kepanasan tuam di tangan anda sebelum tuam ke perut anak untuk elakkan perut anak panas melampau/ melecut kulit.

Tuam moden untuk bayi

4. Periksa cara bayi menyusu, lekapan yang betul dan posisi menyusu badan yang selesa adalah cara elakkan kembung bayi. Jika sakit ketika menyusukan bayi itu bermaksud anda berada dalam posisi yang salah.

Untuk bayi yang menyusu botol susu pastikan botol susu tidak terlalu condong, saiz lubang puting botol susu yang tidak sesuai juga akan menyebabkan banyak udara ditelan dan menyebabkan kembung.

5. Jika bayi kerap tidak selesa dan kembung, boleh tukar susu formula. Sesetengah bayi ada alahan terhadap susu formula tertentu dan menyebabkan mereka kembung. Oleh itu anda perlu menukar susu formula sehingga sesuai dengan bayi.

6. Untuk ibu menyusu badan boleh hindari makanan yang berbentuk gas setelah dicerna seperti kubis, brokoli, kubis, kacang atau makanan terkandung yis. Makanan segera dan berkafien juga boleh menyebabkan kembung.

7. Sendawakan bayi selepas menyusu

Menyendawakan bayi setiap kali selepas menyusu bukan sahaja mengurangkan risiko muntah susu tetapi ia juga boleh membantu menghilangkan kembung perut yang dialami oleh bayi anda.

Ada 4 posisi berbeza untuk sendawakan bayi iaitu:

Cara sendawakan bayi

Dukung bayi dan sandarkan ke bahu anda. Tepuk belakang bayi sehingga sendawa. Cara ini paling mudah dilakukan.

Meniarap. Tiarapkan bayi secara melintang di atas paha anda. Pegang dada bayi dengan satu tangan dan pastikan kepala bayi sedikit tinggi daripada badannya. Tepuk belakang bayi dengan sebelah lagi tangan sehingga bayi anda sendawa berbunyi ‘burp’ .

Duduk menghadap ke depan. Ribakan bayi anda dalam posisi duduk menghadap ke depan. Tepuk belakang badan bayi sehingga sendawa.

Duduk menghadap ke tepi. Dudukkan bayi di atas salah satu paha anda dan bongkokkan sedikit badan bayi ke hadapan. Tepuk belakang badan bayi sehingga sendawa.

Semoga bermanfaat!

Trub Tasneem Naturel berkesan bantu redakan kembung perut bayi, ini antara feedback ibu-ibu yang gunakan .


Klik di sini untuk dapatkan Trub balm http://www.wasap.my/60132223057/kembungblog

Shopping cart

0

No products in the cart.