Home Keluarga Anak Anda Selalu Tantrum? Jom Cuba 6 Rahsia Ini
Anak Anda Selalu Tantrum? Jom Cuba 6 Rahsia Ini

Anak Anda Selalu Tantrum? Jom Cuba 6 Rahsia Ini

0
0

Tantrum adalah ledakan emosi, biasanya dikaitkan dengan anak-anak dalam kesulitan emosi yang biasanya ditonjolkan dengan sikap keras kepala, menangis, menjerit, menjerit-jerit, memberontak, membaling objek, marah,  memukul mahupun berguling di lantai.

Tantrum adalah perkara biasa dalam proses membesar apabila kanak-kanak mula belajar menjadi lebih berdikari dan mahu mengawal sendiri hidup mereka. Ia biasanya terjadi  apabila kehendak anak tersebut tidak dipenuhi. serta tidak dapat menyuarakan perasaan akibat kemahiran bahasa yang terhad.

Anak Anda Selalu Tantrum? Jom Cuba 6 Rahsia Ini

Dan ia biasanya tercetus apabila seorang kanak-kanak berasa penat, lapar, tidak diendahkan, resah atau bimbang. Bagi menghadapinya, ibu bapa harus memahami emosi anak mereka dan melakukan yang terbaik bagi mengelakkan situasi yang boleh mencetuskan tantrum mereka.

Ini cara betul untuk mengawal emosinya ketika tantrum:

  1. Berikan pelukan untuk redakan emosinya.  Katakan “ibu sayang kamu” , semasa memeluknya. 
  2. Pujuk anak dengan kata-kata pujian. 
  3. Turunkan suara ketika memujuk serta cuba alihkan perhatian anak,  ‘Sayang anakku baik, ibu sayang kamu, kamu anak yang baik. Jom kita tengok burung’. 
  4. Jangan tinggikan suara atau marah. 
  5. Jangan pukul atau gunakan kekerasan. Awas, kerana ini akan membuatkan anak menjadi lebih ganas.

Soalan yang seringkali ditanya, bolehkah semasa anak tantrum, bolehkah kita pujuk dengan memberi atau menjanjikan hadiah dan barang?

Ini perkara normal dilakukan kebanyakan ibu ayah apabila anak tantrum, kerana mahu anak ‘senyap’ dan cepat reda.

Tapi awas! Anak akan tantrum lagi kerana mengharapkan ada janji.  Jangan lupa kita mendidik anak membentuk kebiasaan.

Caranya:

Terangkan pada anak tak selamanya dia akan dapat apa yang diinginkan (beri pengertian – walaupun mereka masih kecil).  Kita harus sabar dan kawal emosinya. Jika anak berumur 2,3/4 tahun kita mula beri sahaja apa yang mereka minta bagaimana akan berlaku apabila umurnya mencecah 8 tahun? Fikir- fikirkan

Ini situasi jika anak mahukan mainan atau aiskrim di Mall? Anak mula tantrum. Adakah kita beri sahaja ikutkan kemahuan anak? Tidak. Ibu ayah boleh amalkan 6 langkah mudah ini:

  1. Tarik nafas 3 kali, sedut dari hidung dan hembuskan melalui mulut. 
  2. Tanyakan “kenapa” dia mahukan dengan kata kata lembut. 
  3. Contoh:
  4. “kenapa Aisyah mahu aiskrim?”
  5. “Aiskrim sedap”
  6. “Oh iya ibu pun suka aiskrim,  sedap kan“ 
  7. Fahamkan perasaan anak ketika itu. Anak akan merasakan ibu nya memahaminya, perasaanku diterima dan dikenali. 
  8. Cuba terangkan dengan baik kenapa kita tak beri aiskrim yang dimintanya selalu. 
  9. Alihkan perhatiannya dengan pilihan lain. 
  10. Sebagai alternatif sokongan,  saya suka gunakan Mandian Calm setiap kali mandikan anak yang sedang melalui fasa tanrtum ini. Dan juga gunakan Balm Calm Time untuk disapukan dan diurut pada anak ketika tantrum.  Balm ini diperkaya dengan minyak pati tulen dari tumbuhan yang semulajadi untuk menstabilkan mood, meransang aliran darah dengan lancar, memberi rasa selesa & relaks. Perlahan-lahan anak akan mula tenang. Dan mendengar kata kita dengan baik. Ibu ayah juga boleh sapukan balm Calm Time pada anak sebelum mereka tidur,  atau sebelum membawa anak keluar berjalan, bagi meransang mood baik dan selesa pada anak. Hasilnya selepas beberapa minit anak mudah bertoleransi dengan pujukan kita dan mula stabil emosinya.

Testimon Balm Calm Time Tasneem Naturel

Dalam membesarkan anak ibu ayah harus banyak bersabar dan mengawal emosi sendiri, kerana anak anak kita semuanya unik,  ia gabungan ciri ibu dan ayah. Raikan dan lalui nya dengan tenang ya.

Facebook Comments