JOURNEY SAYA DALAM DUNIA USAHAWAN TASNEEM NATURAL

Saya bermula bisnes pada tahun 2014 dengan menjual jubah, buku english islamic dan arabic di bawah branding Iqra’ kidz Superb Ummy. Tujuan berbisness pada ketika itu hanyalah untuk berkongsi buku-buku Islamik yang sesuai mengikut peringkat umur anak. Namun begitu atas faktor permintaan yang semakin meningkat, saya bermula mendaftar SSM dengan nama IQra Kidz Enterprise.

Titik permulaannya saya mengenali keluarga Tasneem Naturel, adalah setelah beberapa bulan saya berpindah ke Keningau, Sabah pada Ogos 2016. Tasneem Naturel menjadi pilihan bagi mengembalikan perniagaan IQra Kidz pada landasan sebenar setelah bertukar landskap dan perpindahan lokasi. Alhamdulillah April 2017 terus menghubungi Puan Haridah Sahri, Founder Tasneem Naturel untuk mendaftar sebagai ejen. Saya diletakkan di bawah leader Aminah Binti Hussain.

Saya bermula dengan 20 balm dan pada Ogos 2017 saya berjaya mencapai rank stokis. Pada Januari 2018, saya telah berjaya melangkah ke tahap Executive Leader dan pada Ogos 2018, dengan izinNya, saya telah mencapai tahap tertinggi dalam Tasneem Naturel sebagai Master Leader.

Selain journey saya, Tasneem Naturel juga turut berkembang, pada awalnya menggunakan sistem berpusat, di mana HQ menguruskan semua stok ejen, tetapi bermula Mei 2020, sistem dan penyelarasan pengurusan stok telah berubah ke Sistem Trading. Melalui sistem ini, saya bertanggungjawab sepenuhnya dalam segala urusan operasi syarikat dari aspek pengurusan, sales, marketing dan lain-lain.

Kini, Tasneem Naturel telah meletakkan kepercayaan kepada saya dan Master Leader yang lain sebagai Co-Founder Tasneem Naturel bermula pada tahun Julai 2021.

KENALI KELUARGA TEAM AMZ - SAYANG KORANG SEMUA

Team AMZ sebenarnya diadaptasi dari nama saya Azizah Mohd Zan (AMZ). Awalnya, team ini dinamakan IQra Kidz sempena dengan nama awal syarikat, kemudian bertukar kepada Touchbearers, AMZ Legacy dan akhirnya Team AMZ. Perubahan-perubahan ini sejajar dengan konsep dan kemajuan bisnes itu sendiri di samping nasihat dari pakar branding.

Bak kata Dr Azizan Osman: “Bagi bisnes owner benda paling penting adalah nama diri sendiri”. As a bisnes owner ke mana pun saya pergi, di mana pun saya berada, nama saya perlu diperkenalkan. Dan branding saya dari nama sendiri lebih mudah diingati dan disebut.

Apapun, keluarga Team AMZ memang AWESOME! Supportive dan sangat berkonsepkan kekeluargaan. Nilai seperti dalam satu keluarga yang sentiasa wujud apatah lagi tangungjawab sebagai seorang “UMMI” untuk membimbing, mendidik seluruh ejen dan jemaah AMZ.

Alhamdulilah, kini (2021) teammates & membership di bawah semua susur galur saya melebihi 1600 orang. Berbisnes dari hati untuk ummah yang disayangi.

Follow Us

Shopping cart

0

No products in the cart.