Home Petua 9 Petua Hilangkan Batuk Dan Selsema Bayi Secara Semulajadi
9 Petua Hilangkan Batuk Dan Selsema Bayi Secara Semulajadi

9 Petua Hilangkan Batuk Dan Selsema Bayi Secara Semulajadi

0
0

Mempunyai anak kecil memang membahagiakan setiap pasangan, namun anak kecil dijangkiti batuk dan selsema paling dirisaukan. Pasti tidur bayi terganggu dan sukar untuk menyusu akibat hidung yang tersumbat.

Dalam keadaan bayi masih baru, ia lumrah bayi mudah dijangkiti batuk dan selsema.

Lagi pula bayi yang masih di dalam pantang kebiasaannya mempunyai sisa sisa lendir yang tidak dikeluarkan habis semasa dilahirkan.

9 Petua Hilangkan Batuk Dan Selsema Bayi Secara Semulajadi

Langkah pencegahan awal, kurangkan membawa bayi anda menjumpai ramai orang dan tempat awam.

Dan penjagaan rapi perlu diberi perhatian oleh ibu ayah.

Tips pencegahan

Di sini saya kongskan antara tips yang saya sendiri amalkan sepanjang menjaga 3 orang anak saya sewaktu mereka batuk dan selsema:

1.Minyak Bawang Putih

Tips Hilangkan Selsema

Bawang putih terkenal dengan sifat antioksidan yang tinggi – iaitu ia mencegah kerosakan sel dalam tubuh seterusnya mengelak dari pelbagai jenis penyakit.

Caranya mudah sahaja, ambil 2 ke 3 ulas bawang putih, cucukkan pada garfu dan bakar sekejap di atas api sehingga kulit bawang putih rapuh dan sedikit kehitaman.

Lenyekkan bawang putih di dalam mangkuk, dengan menggunakan garfu. Letakkan sedikit minyak, boleh gunakan minyak bijan, minyak zaitun, minyak masak atau pun minyak habbatussauda. Sapukan pada dada depan dan belakang, tapak kaki dan ubun ubun kepala anak.

2.Kunyit Hidup

Kunyit juga antara bahan di dapur yang sangat kaya khasiat seperti anti virus, anti bakteria serta anti  radang.

Paling mudah buangkan kulit kunyit, gesekkan pada tepi lesung batu atau tumbuk sedikit. Calitkan di sepanjang hidung anak untuk mengeringkan selsema.

3.Mandian Lemon

mandian lemon Tips Hilangkan Selsema Bayi

Cuma hiriskan lemon secara membulat, ramas dan campurkan di dalam air mandian anak. Masukkan anak ke dalam bekas mandian dan mandikan seketika dengan air lemon tersebut.

Fungsinya yang kuat sebagai pencegah penyakit dan membantu kuatkan sistem imune badan sangat bagus untuk anak ketika batuk dan selsema.

4.Minyak Habbatussauda

Kenal biji hitam berharga ini? Ia mudah didapatkan di kedai arab atau online. Gorengkan biji habbatussauda tanpa minyak, tumbuk sedikit dan campurkan sedikit minyak masak atau minyak zaitun kemudian sapu pada dada dan tapak kaki anak.

Macam saya, lagi mudah dapatkan sahaja minyak asli habbatussauda, dan sapukan terus pada anak.

5.Bawang Besar

Setiap kali anak kurang sihat, dah mula menunjukkan tanda sakit tekak dan selsema. Terus saya ambil 2 biji bawang besar merah. Hiriskan membulat, dan letakkan di dalam piring. Saya akan letakkan di tempat tidur anak anak sewaktu malam.

Kerana bawang sangat cepat menyerap bakteria di udara. Cuma bermalam dengan bau bawang yang kuat sikitlah, tapi demi anak sihat okay saja!

6.Garlic Socks

Gunakan bawang putih juga, buat kaedah yang sama seperti di atas. Bakarkan kemudian lenyekkan, ambik 2 pasang stokin – satu stokin berlubang dan satu lagi stokin biasa. Pakaikan stokin berlubang dahulu pada anak, kemudiah masukkan beberapa ulas bawang putih, dan sarungkan sekali lagi stokin pada anak iaitu stokin yang tidak berlubang.

Anak memakai 2 lapisan stokin, di antara lapisan itu ada bawang putih di tengah. Awas! jangan biarkan kulit tapak kaki anak terkena secara langsung dengan bawang putih.

7.Pemakanan ibu dan Udara

Pemakanan ibu yang menyusukan bayi perlu diperhatikan, kerana ia memberi kesan pada bayi yang sedang batuk dan selsema. Elakkan makanan manis yang boleh menjadi penggalak penghasilan mukus. Lebihkan sayur sayuran hijau, air dan amalkan kurma, madu serta habbatussauda.

Suhu udara di dalam rumah atau bilik juga perlu diberi perhatian. Pastikan tidak terlalu sejuk untuk bayi anda yang sedang alami batuk dan selsema.

8.Tepuk percussion

Tepukkan secara 5 ke 10 minit pada satu satu bahagian dada bayi. Dengan menekupkan tangan seperti dalam gambar. Lakukan berulang kali di dada kiri dan kanan bayi, serta belakang sisi kiri dan kanan.

Elakkan tepuk di bahagian tengah iaitu kedudukan tulang belakang. Teknik ini membantu longgarkan kahak di dada bayi.

9.Sapukan Balm Pada Bayi

Cara paling mudah dan kesan yang pantas, cuma sapukan ready-to-use balm Cf Rub ini dengan kerap setiap 2 jam pada dada, tapak kaki, sepanjang hidung dan tulang belakang. Supaya anak lega dapat bernafas lancar.

Fungsi balm ini bantu mencairkan kahak, legakan selsema dan seterusnya bantu penyembuhan batuk secara alami. Kahak akan dibuang melalui najis bayi. Bahan bahannya dari minyak pati tumbuhan semulajadi, selamat digunakan pada bayi seawal baru dilahirkan (lahir cukup bulan).

Paling lega bila lepas sapukan balm, dapat lihat anak yang sedang batuk dan selsema dapat tidur lena walaupun dalam keadaan kurang sihat.

10.Mandian Cf Rub

Oh ya, terbaru saya suka mandikan juga dengan mandian Cf rub, ia cepat legakan batuk dan selsema juga. Cuma picitkan dan sapu ke badan anak, biarkan setetika dan bilas. Ia umpama mandian lemon tapi lebih mudah cuma picitkan dan terus guna, untuk travel atau balik kampung sangat mudah!

cf-bath balm tasneem naturel

Pemberian ubat batuk dan selsema kepada anak tidak dibenarkan oleh doktor jika di bawah usia 2 tahun, kerana bahaya kesannya. Jadi ibu ayah boleh ikhtiar sapukan balm secara kerap dan pantau pernafasan anak.

Semoga anak- anak ibu ayah semua sentiasa sihat dan mempunyai sistem imun yang kuat serta boleh menentang pelbagai serangan virus dan penyakit.

Jika berminat untuk mendapatkan mandian CF-Bath boleh klik disini

 

Facebook Comments