Home Minat Membaca 7 Tips Percepatkan Perkembangan Bahasa Bayi
7 Tips Percepatkan Perkembangan Bahasa Bayi

7 Tips Percepatkan Perkembangan Bahasa Bayi

0
0

Boleh ke Bayi Baca Buku? Nah Ini Tips Mudah Bacakan Buku Pada Bayi Bagus Untuk Perkembangan Bahasa Bayi

 

“‘Urwah, eh ada peti ais lah dalam buku ni. Jom buka! 

Wahhh ada susu sejuk, baca bismillah dan kita minum susu” sambil tangan kita pegang tangan bayi bantu ambilkan bekas susu mainan dari softbook dan buat gaya minum. 

 

“kikiki” terkekek dia gelak bila disuakan bekas susu mainan ke mulut nya, lantas terus hisap!. Berus gigi lembut pun terus saja dicapai dengan jari jemari halusnya dan ngap masuk ke mulut. 

7 Tips Percepatkan Perkembangan Bahasa Bayi

 

Ma shaa Allah, mesti seronok kan anak-anak, lagi lagi bayi.

Ke kanan ke kiri matanya melihat pada buku. 

Apa saja di capai pasti dimasukkan ke dalam mulut untuk dirasa. 

 

Bacakan buku pada bayi? 

Kadang kedengaran ganjil kan. 

 

Sebaliknya bacakan buku pada bayilah adalah salah satu perkara asas terpenting untuk galakkan anak membaca. Ia langkah awal ajar membaca. 

Selain memupuk bonding time yang baik dengan bayi, ia asas anak cintakan buku & ilmu, juga membantu anak mendengar pelbagai kosakata baru dan sangat power untuk perkembangan bahasa bayi. 

 

Di sini ada beberapa tips untuk kita amalkan bila mahu membacakan buku pada bayi:

 

  1. Pilih material buku yang sesuai dengan bayi. 

Seeloknya berbentuk kain (softbook), atau berbentuk keras dan tebal (boardbook) kerana lebih tahan lasak dan mesra bayi. 

Juga pilih buku yang mempunyai banyak gambar, kurang perkataan & berwarna warni untuk menarik minat bayi. 

 

  1. Cari masa yang sesuai iaitu ketika mood bayi gembira dan tenang.

 

 Biasanya selepas mandi pagi. Bayi ceria. Bukan ketika bayi mengantuk gosok mata mahu minta didodoikan tidur. 

 

  1. Jadikan rutin membacakan buku kepada bayi setiap hari. Luangkan 5-10 minit sahaja setiap hari sebagai permulaan. 

Tak perlu masa lama berjam-jam pun, cukup 5- 10 minit sebagai permulaan yang penting konsisten.

  1. Tunjukkan dengan jari supaya bayi lebih peka gambar atau bahagian mana anda sedang ceritakan padanya. 

 

  1. Gunakan intonasi yang menarik, nada suara naik dan turun agar lebih menarik. 

 

  1. Ribakan bayi di atas ribaan anda, dakap bayi dari belakang. Sambil tangan anda pegang buku dihadapan bayi. Posisi ini lebih mesra dan bantu anak fokus. Boleh juga sesekali sambil berbaring. 

  1. Ingat ibu ayah tidak perlu membaca setiap baris dan ayat di dalam buku cerita. Bersifat lebih kreatif dengan penambahan ayat lain. Atau jika buku bergambar tanpa tulisan pun lebih menarik untuk diceritakan pada anak. 

 

Azizah Zan

Jom bacakan buku pada bayi

Facebook Comments