Home Keluarga 7 Tips Mudah Baby Dalam Pantang Susah Tidur
7 Tips Mudah Baby Dalam Pantang Susah Tidur

7 Tips Mudah Baby Dalam Pantang Susah Tidur

0
0

Bayi menangis je setiap malam, cara menangis pula jerit jerit suara kuat, kadang sampai biru muka. Habis satu rumah huru hara malam berjaga semua ahli keluarga gilir gilir nak bantu dodoikan bayi.

Sampai atuk nenek pun berjaga, suami yang kerja siang pun tak dapat tidur. Bila tetamu datang ziarah ayat biasa disebut: “Alah biasalah tu dalam pantang, nanti habsi hari eloklah tidurnya tu”

 

Masa berpantang anak pertama dulu stress betul. 

Mak mak dalam pantang fahamlah dalam keadaan badan masih belum sihat sepenuhnya, nak gerak pun payah.

 

7 Tips Mudah Untuk Baby Dalam Pantang Susah Tidur

 

Baby newborn sampai 2 bulan ni masih dalam fasa nak kenal siang dan malam. Waktu tidur baby baru lahir memang 16 – 17 jam sehari, dengar macam mudah kan? Huh nak laluinya tu mencabar. Tapi awas untuk baby usia ni perlu dikejutkan selalu untuk kerap menyusu. Dengan menyusu baby akan kerap membuang dan jika baby ada kuning, ia membantu kuning turun dengan cepat.

 

Satu lagi mak mak perlu tahu, baby umur begini biasanya gap waktu berjaga antara tidur tu Cuma 2 jam sahaja. Tak boleh lebih, jika terlebih berjaga 2 jam itu yang baby mudah cranky, meragam nangis nangis. Jadi perlu cepat cepat tidurkan baby jika lihat dah berjaga terlalu lama, jika tidak baby akan terlalu penat akibatnya sukar tidur.

 

Bayi baru lahir biasanya akan tidur 2 hingga 4 jam

Siang mahupun malam. 

 

Tidur 2-4 jam, berjaga 2 jam, kemudian tidur lagi 2 – 4 jam, kemudian berjaga 2 jam, begitulah routine nya. 

 

Menjelang usia 8 minggu bayi akan mula kurang tidur di waktu siang. 

Dan tidur lebih panjang pada waktu malam. 

 

Usia 4 hingga 6 bulan, bayi akan mula tidur sepanjang malam. 

Bangun pun mungkin sekali kerana menyusu. 

 

Nah saya kongsikan antara petua untuk didik bayi tidur malam dengan berkesan:

 

1. BEZAKAN MALAM & SIANG

 

Pada umur bayi anda 2 bulan cuba untuk ajarkan perbezaan malam dan siang kepada mereka. 

Siang:

 – cuba untuk berinteraksi atau bermain dengan bayi anda sebanyak yang mungkin. 

– nyalakan lampu atau bukakan langsir supaya cahaya masuk ke rumah atau bilik bayi. 

– jangan risau tentang bunyi biasa di siang hari seperti bunyi pengisar makanan, loceng rumah, atau pun bunyi deringan telefon. Biarkan bayi anda mendengar, tandanya itu siang hari. 

 

Malam:

– malapkan lampu rumah atau bilik bayi

– jika boleh perlahankan atau minima kan bunyi-bunyian

– elakkan bermain bersama bayi anda sewaktu dia terjaga di malam hari. 

 

Bila bayi anda dapat bezakan siang dan malam inshaaAllah akan mudah untuk kita bentuk rutin tidur malamnya. 

 

2. PERHATIKAN TANDA-TANDA TIDUR

 

Antara tanda-tanda bayi anda mengantuk adalah bayi menggosok mata, menarik cuping telinga sendiri, fussy. Ini menunjukkan bayi anda letih, dan bayi perlukan tidur. 

 

3. LAKUKAN RUTIN UNTUK TIDUR

 

Ini penting untuk anak alert bahawa masa untuk tidur dah sampai. Anatarnya boleh tukarkan lampin, mandikan atau lap baby dengan air suam, tukarkan baju tidur, malapkan lampu.

 

4. TIDUR SIANG HARI

Berikan peluang kepada bayi anda untuk tidur di siang hari sebentar setiap 2 jam.  Jika anda menunggu lebih lama dari waktu tersebut, mungkin anda akan mengalami kesukaran untuk menidurkannya. Bayi mula meragam atau merajuk.

 

5. BEDUNG

Pakaikan bedung dapat membantu bayi berasa tenang kerana seperti berada dalam rahim ibu. Pastikan cara bedung yang betul iaitu bahagian kaki dilonggarkan, bukan ketat dan menarik kaki bayi lurus. Dan kemas di bahagian atas.

 

6. MAINKAN BUNYI YANG MENENANGKAN. 

Sebagai seorang muslim adalah sangat bagus kita alunkan ayat suci Al Quran ataupun zikir yang menenangkan dan mendayu. Dari mulut kita sendiri ibu ayah. .  Pastikan satu jenis zikir digunakan tetap untuk tidurkan baby, tidak bertukar tukar. Sebab baby akan mudah cam oh bunyian ni tandanya waktu tidur telah tiba.

 

7. GUNAKAN MINYAK PATI 

 

Untuk menenangkan bayi. Bau yang nyaman dari minyak pati dapat mengendurkan saraf yang tegang, membuatkan bayi rilex.

Saya suka gunakan massage oil dari Tasneem Naturel yang kaya dengan essential oil dan semulajadi. Bau yang wangi dari minyak pati ini wangi,lembut serta menenangkan.  Kadang kadang saya gunakan Calm Time balm Tasneem Naturel yang terkandung minyak pati bergamot, ylang ylang, marjoram dan lain lain lagi yang mampu beri rasa relax pada bayi dan mudah tidur!

 

Untuk akhirnya,

Tidur boleh diatur dan diajar kepada bayi pada 3 bulan pertama. 

Dan inshaaAllah dalam 6 hingga 8 bulan, bayi akan mula untuk tidur sendiri dengan sedikit bantuan kita. 

 

Jom mula amalkan.  Semoga bermanfaat untuk mak mak yang pertama kali dan dalam pantang.

 

Azizah Zan, 

Tidurlah sayangku💕

 

Facebook Comments