Home Keluarga 7 Tips anak-anak Gembira Memasuki Alam Persekolahan
7 Tips anak-anak Gembira Memasuki Alam Persekolahan

7 Tips anak-anak Gembira Memasuki Alam Persekolahan

0
0

Musim cuti persekolahan 2019 sudah hampir ke pengakhirannya. Sesi persekolahan 2020 akan bermula pada 2 Januari 2020 (Khamis). Sebagai ibu bapa adakah anda telah bersedia dengan anak-anak kita yang akan menempuh alam persekolahan? Ya, pastinya, bagi anak-anak yang sudah memahami skop cuti dan sekolah, maka pastinya tiada masalah.

 Tetapi bagi ibu bapa yang baru atau bakal menghantar anak-anak ke Pra Sekolah atau sekolah rendah, situasinya agak mencabar dengan aksi anak-anak yang menghiburkan dan mungkin memeningkan anda sekiranya anda gagal mengawal keadaan seperti menangis, tidak mahu turun kereta, tidak mahu masuk kelas, protes, tidak mahu bangun tidur, sakit dan aksi-aksi pelik sebagai tanda “I don’t yet ready papa and mama!”.

Ada juga ibu bapa yang cuba sedaya mungkin untuk memberi yang terbaik kepada anak, asalkan, “nak, ke sekolah ye”, ayah beli KFC ye nanti, Toys, datang ambil awal, ummi teman” dan pelbagai janji-janji manis asalkan ke sekolah. Ada pula mula mencuit-cubit, memarahi dan paling membahayakan wujud unsur-unsur ugutan, “tak pergi sekolah, mama/papa buang toys!”. Semua ini dilakukan sebagai langkah untuk memastikan anak-anak ke sekolah.

7 Tips anak-anak Gembira Memasuki Alam Persekolahan

Di sini saya kongsikan 7 tip mudah untuk menguruskan anak-anak menghadapi minggu pertama sesi persekolahan:-

A)Persedian Seminggu Awal

Peribahasa melayu yang famous! Ada mengatakan “Sediakan payung sebelum hujan” – menuntut kita bersedia dalam pelbagai hal dan situasi. Kalau kita sudah prepare, but suddenly berlaku sebaliknya, itu di luar bidang kuasa kita, kita redha dan mohon kemudahan kepada Allah SWT kerana, Manusia itu merancang, Allah sebaik Perancang. So, lebih baik kita plan untuk bersedia dari tiada langsung perancangan. Benjamin Franklin pernah berkata “If you fail to plan, you are planning to fail!

So, untuk persediaan seminggu awal, ibu bapa boleh melakukan school warming up dengan aktiviti berikut:

1.Latihan Tidur Berkualiti (Tidur awal dan bangun awal)

Pada 2 minggu atau seminggu akhir cuti persekolahan, ibu bapa boleh membiasakan anak-anak dengan tidur awal, kosongkan aktiviti pada malam hari, dan banyakkan aktiviti pada awal pagi. Tujuannya, ibu bapa perlu kembali memposisikan kitaran tidur anak yang betul. Tidak dinafikan, cuti persekolahan merupakan perayaan buat anak-anak, memperbetulkan amalan tidur berkualiti dapat membantu kecerdasan dan kecergasan anak-anak. Latih dan ajak bersama-sama bangun pagi, solat subuh berjemaah, makan sarapan pagi di luar, ke pasar, berjoging atau apa-apa sahaja aktiviti di pagi hari yang memudahkan anak untuk bangun pagi dan bersedia untuk bangun pagi, sebagai persediaan untuk ke sekolah nanti.

2.Tanamkan Mindset Positif

Sentiasa berikan kata-kata pujian, semangat dan ceritakan keseronokan sekolah kepada anak-anak “Esok, Ubadah pergi sekolah ye. Esok ada ramai kawan-kawan baik. Banyak aktiviti, ala macam Upin-Ipin yang Ubadah tengok tu…” ceritakan kisah Upin-Ipin di sekolah dan boleh juga bermain lakonan, tonton TV/ movies, baca buku cerita yang mempunyai elemen hari pertama persekolahan supaya mereka gembira dan menunggu-menunggu untuk memulakan persekolahan. Anda juga boleh ulangi kata-kata perangsang kepada anak setiap hari sebelum tidur untuk pembentukan mindset dan persediaan anak ke sekolah.

3.Melengkap Persiapan Ke Sekolah

Shopping merupakan aktiviti yang menyeronokkan kepada anak-anak. Memberi kebebasan kepada anak-anak untuk menentukan citarasa pemilihan seperti kasut, baju sekolah, pensil, peraut, pemadam, beg sekolah, wah! satu pengalaman yang menyeronokkan. Meraikan mereka, melihat mereka tersenyum, I want this Ummi! secara tidak langsung memberitahu mereka, you are going to school. Anak-anak akan lebih berkeyakinan dengan beg, pakaian dan kasut baru. Kurangkan barangan warisan dari si abang untuk diwarisi oleh si adik. Elakkan juga membeli belah pada waktu puncak, kerana ia membosankan dan meletihkan anak-anak.

4.Lawati sekolah, jika berkelapangan

Kenalkan kepada anak-anak bahawa inilah sekolah yang akan dihadirinya tak lama lagi. Jika tidak berkesempatan melawat sekolah, cukuplah sekadar menunjukkan lokasinya dari dalam kereta, atau menunjukkan gambar-gambar yang ada.

Ini kerana anak-anak akan lebih mudah beradaptasi dengan sesuatu yang lebih ‘familiar’.

B)Hari Persekolahan

Pada hari pertama persekolahan, pastinya anda antara individu yang paling penting dalam menjayakan misi membawa anak ke sekolah. Saya kongsikan beberapa tip:

5.Tenang dan Menenangkan

Anda fahami situasi, dan sentiasa berada dalam ketenangan. Anda juga telah tahu jangkaan yang bakal berlaku, dan sentiasa positif ke arah solusi. Jangan marah dan beremosi, anda sudah tahu kesan yang akan dihadapi sekiranya anda gagal mengawal emosi. So, keep calm dan sentiasa positive. Untuk tenang dan bahagia, saya sarankan ibu bapa, sapukan Calm Balm kepada anak dan diri anda kerana ia memberikan rasa ketenangan kepada si pemakai dan membentuk mood yang baik. InsyaAllah.

6.Beri ruang dan bantu persiapan anak

Anak yang baru memasuki alam persekolahan, semestinya banyak perkara yang belum diketahuinya. Pukul berapa patut bangun dan bersiap, bergerak ke sekolah, pergi dan pulang sekolah. Semuanya masih baru dan asing buat mereka. Berikan ruang untuk mereka bersedia. Bangunkan anak awal, sekiranya masih belum bangun, berikan masa seketika dan kemudian kembali kejutkan mereka. Jangan tengking atau marahkan dia, bersabar dan kejut dengan lemah lembut supaya dia tidak meragam nanti. Temani anak-anak semasa ke bilik air untuk mandi serta menggosok gigi. Jika perlu anda memandikannya supaya anak-anak merasakan dirinya dihargai. Pakaikan mandian yang wangi supaya mereka berasa segar apabila melangkah ke tadika atau ke sekolah. Boleh gunakan Calm Bath dari Tasneem Naturel, ia boleh mengkondisikan perasaan anak dengan lebih tenang dan ceria dengan aroma mandian essential oil.

Sebagai ibu, anda boleh menyediakan sarapan kegemaran untuk anak-anak. Sarapan penting untuk memberi tenaga kepada anak-anak untuk bergerak aktif dan mengelak mereka mudah letih. Jika anak anda tidak berselera untuk makan awal pagi, sediakan bekalan makanan buatnya untuk dibawa ke sekolah.

Bagi ibu bapa yang bekerja, sekiranya ini adalah hari pertama anak memulakan alam persekolahan, apa salahnya ibu bapa atau salah seorang mengambil cuti sebagai tanda sokongan kepada si anak.

jika mahu dapatkan produk hebat ini boleh hubungi saya klik di sini

7.Doakan kebaikan kepada anak dan letak perngharapan kepada Allah

Tugas kita mendoakan kepada anak-anak, jangan tunjukkan kerisauan kita, letakkan pengharapan dan penjagaan sepenuhnya kepada Allah SWT. Boleh amalkan doa:

اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ

اللَّهُمَّ احْفَظْنَا بِمَا حَفَظْتَ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِين

Apabila mereka pulang dari sekolah nanti, berilah sedikit perhatian kepada anak-anak walau sesibuk mana sekali pun. Mereka tentu ada banyak cerita untuk dikongsi!

Semoga anak-anak seronok ke sekolah, menuntut ilmu dan menjadi insan berguna, memanfaatkan dan menyebarkan ilmu untuk kepentingan agama, masyarakat dan negara.

jika mahu dapatkan produk hebat ini boleh hubungi saya klik di sini

 

 

Facebook Comments