Home Minat Membaca 21 Tips Tarik Minat Anak Membaca
21 Tips Tarik Minat Anak Membaca

21 Tips Tarik Minat Anak Membaca

0
0

Saya banyak menerima soalan dari rakan-rakan fb sebenarnya bagaimana saya tarik minat anak membaca. Cuma baru sekarang dapat menulisnya. Membaca maksud saya di sini kita ibu bapa membacakan buku pada anak. 

 

Bacakan buku pada anak bukan bermaksud untuk bagi anak cepat boleh membaca sendiri, ia adalah cara untuk tanamkan minat dan cinta anak pada buku dan membaca. Dan yang paling penting kita semua sedar kelebihannya😊Alhamdulillah

 

Macam mana untuk tarik perhatian anak membaca? 

 

21 Tips Tarik Minat Anak Membaca

 

kami mula BACAKAN BUKU pada anak dari KECIL lagi, suami saya yang mulakan dan sangat konsisten rajin bacakan buku pada anak. 

Antara tips yang boleh dikongsikan:

 

  1. Mulakan membaca dengan menggunakan buku yang mempunyai GAMBAR yang BESAR & MENARIK
  2. Pilih buku cerita yang mempunyai tulisan PENDEK, SEDIKIT & BERULANG
  3. BERCERITA TENTANG GAMBAR yang berwarna-warni dan menarik di dalam buku, untuk tarik perhatian anak, perlahan-lahan baru masuk kepada tulisan sedikit demi sedikit.  Tak
  4. semestinya bacakan setiap perkataan yang ada dalam buku, boleh bacakan sebahagian dulu atau tak baca perkataan langsung (sebagai permulaan). Gunakan ayat kita sendiri juga bagus untuk describe gambar. Boleh add perkataan/cerita yang tak ada dalam buku, 
  5. Pilih buku yang bertepatan dengan MINAT ANAK dan mengandungi gambar-gambar yang anak suka. 

Contoh: anak suka car, jadi belikan buku yang ada banyak gambar kereta. Biasa anak kecil suka cat, gunakan buku yang ada gambar kucing-kucing comel. 

  1. REKA CERITA sendiri dari gambar, tak semestinya baca tulisan kat dalam buku je. 
  2. Buat INTONASI SUARA yang pelbagai dan happy, supaya anak excited. Masukkan bunyi-bunyi haiwan jika buku tentang haiwan, lakonkan suara arnab, tiru suara harimau bercakap dan lain lain
  3. Bacakan buku dalam POSISI yang anak selesa dan suka, biasanya sambil baring bersama atau meniarap sama-sama. Cara yang paling best dan patut dilatih dari baby, dudukkan atas ribaan kita dan peluk anak sambil bacakan buku. 
  4. Pilih buku yang menggunakan bahasa pertuturan di dalam keluarga dahulu, next baru tukar masuk kepada buku yang menggunakan bahasa kedua sebagai latihan untuk anak absord new vocab n words. 
  5. Selalu ajak anak untuk bawa buku walau kemana sahaja mahu pergi. Walaupun kekadang tak sempat baca, supaya anak dapat biasakan untuk sayang buku. 
  6. Amalkan bedtime stories setiap malam sebelum tidur, cerita pada anak dengan menggunakan buku. 
  7. Luangkan 10 minit sehari bacakan buku pada anak sudah memadai sebagai permulaan.  Nanti akan nampak minat anak inshaaAllah. Konsisten. Jadikan rutin harian. 
  8. Dorong anak untuk cerita semula apa yang mereka dengar atau baca.  Masa kita bacakan tu tanya soalan tentang gambar or buku tu untuk menggalakkan anak berfikir dan bercakap. 
  9. Selalu ajak dan bawa anak ke kedai buku / bookfair, beri peluang dia pilih buku sendiri, belek buku sendiri. 

Kami ingat betapa teruja beritahu aanak plan untuk ke bbw. Sampai sahaja terus celik dan anak happy pilih buku dalam strollernya walaupun masa tu pkul 1 or 2 pagi. 

  1. Kadang-kadang bagi hadiah buku. Beritahu dengan excited buku baru dan best sebagau hadiah utk dia. 
  2. Cuba kaitkan isi buku dengan kejadian sehari-hari yang pernah dia alami.  (skill ni memang naturallypara ayah selalu ada, hehe mak kena praktis dan apply selalu). Nanti anak akan gembira bila dapat tengok, eh yang kejadian ni tadj ada dalam buku tu cerita. Haa
  3. Libatkan aksi dan pergerakan.  Contoh buat gaya burung terbang masa bacakan tentang burung. 
  4. Guna bahasa mudah untuk mereka faham.  Bila bacakan cuba elaborate mengikut tahap pemahaman mereka. 
  5. Bila dah nampak minat anak pada buku tertentu, takpe untuk ulang-ulang bacakan buku favourite mereka, lama kelamaan kita  perasan sampai anak hafal. Sebenarnya tujuan utama bukan mahu anak hafal tetapi mahu create excitement dan tumbuhkan minat cinta dia pada buku. 

 

  1. Buat sesi hujung membaca sesuatu yanh excited, contoh timbulkan tentang tajuk baru seterusnya yang teruja n ckp ok yg itu kita sambung esok malam/ esok pagi. Atau selak page sebelah dan buat muka melopong excited kemudian tutup buku.  Anak akan tanya kenapa? Kita jawab Wah ma shaa Allah best yg ni lg best tp kita sambung esok ya. Cara yang last ini saya dapat dari Dr. Fauzan N Siti, memang sampai sekarang ingat. 

 

  1. Cara lain, ajak anak untuk imitate bacaan kita satu persatu. Kita baca dua tiga word dan anak ikut baca. Jadikan bacaan dengan stop yang banyak, baca pendek2, penuh intonasi. Kira anak repeat bacaan kita. 

 

  1. Boleh mula tunjukkan dengan jari telunjuk pada perkataan yang kita baca. 

 

Ini adalah sebahagian yang kami suami isteri apply, masih banyak lagi cara lain, dan mungkin juga berbeza mengikut keadaan anak masing-masing, semoga ada manfaat untuk anda semua, mohon penambahbaikan jika ada kekurangan, boleh tambah tips anda yang lain di bahagian komen, mungkin bermanfaat untuk saya apply dan ibu2 lain. 💗

 

Kunci utama adalah ISTIQAMAH- KONSISTEN dan DOA. Semoga Allah memberi ruang dan masa untuk kita mencipta bonding bersama dengan anak melalui pembacaan. 

 

Allahumma faqqihna fiddeen.

 

Azizah Zan

 

Facebook Comments