Home Petua 2 Bahan Mujarab Hilangkan Batuk Berkahak
2 Bahan Mujarab Hilangkan Batuk Berkahak

2 Bahan Mujarab Hilangkan Batuk Berkahak

0
0

Perubahan cuaca yang tak menentu kadang kala membawa kepada batuk dan kurang keselesaan pada badan. Tambahan jika musim buah pula. Maka mulalah episod ber kokok dek batuk pakej berkahak. Dan lagi tak best jika berjangkit pada anak.

Ada alternatif lain untuk anak dan diri kita sendiri, merawat batuk dengan bahan semulajadi, sebagai alternatif kepada ubat batuk di pasaran. Kerana ubat batuk terkandung banyak kesan buruk pada otak.

Ini ulasan dari Dr. Rizal Abu Bakar tentang bahaya pengambilan ubat batuk secara kerap dan berlebihan, lebih lagi bagi  anak kecil.

“Pengambilan ubat batuk menyebabkan bahagian otak yang menjadi paksi untuk belajar, membuat keputusan, perancangan dan pengurusan emosi menjadi tidak aktif.

 

2 Bahan Mujarab Hilangkan Batuk Berkahak

 

Penstoran maklumat sementara juga terganggu. Mudah lupa adalah akibatnya. Bila bercakap ayat terputus-putus. “Apa nama atau aaaa” menjadi teman bicara.

Kesannya? Prestasi otak merudum & kualiti emosi terjejas.”

Ada macam-macam alternatif.  Biasa yang saya dengar, cara yang famaous adalah campurkan sedikit madu dengan lemon. Rupanya cara ini untuk batuk yang kurang berkahak.

Dan cara yang ini untuk batuk berkahak, saya baru tahu ialah dengan mencampurkan satu atau dua sudu madu lebah bersama bawang.

 

Cara- caranya:

  1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay.

Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja, selebihnya boleh masuk dalam masakan.

  1. Leraikan ulas bawang tersebut kepada keping kepingan.

 

  1. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.

 

  1. Gaulkan biar rata.

 

  1. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.

  1. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.

 

  1. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak.

 

Jika anak kecil berumur 2 ke 3 tahun, boleh ambil setengah sudu sahaja menurut Doktor Rizal.

 

Bayi berumur 1 tahun ke bawah tidak boleh diberi madu, jadi ibu yang menyusu badan boleh kayakan makanan sihat untuk up kan antibodi bayi, kawal suhu kipas/aircond serta buat tepuk percussion jika perlu.

Nanti selanjutnya, saya akan terangkan di article lain tentang petua membantu redakan batuk dan selsema pada bayi ya.

 

Petua menggunakan bawang dan madu ini saya dah cuba dan memang cepat kesannya. Malam lepas raya tu saya ke rumah jiran berziarah, jadi makan banyak durian, rambutan dan manggis. Balik ke rumah terus tidur jadi tengah malam terjaga kerana tekak perit dan sakit. Terus ambil sesudu madu bawang ini, bangun pagi lega dah berkurang. Saya ambil lagi sesudu alhamdulillah terus tak sakit tekak dan tak jadi batuk dengan izin Allah.

 

Kalau bermusafir atau travel susah nak cari bawang dan madu, boleh sapu je Cf Rub balm Tasneem Naturel ni, sapu di bahagian luar tekak secara kerap. Alhamdulillah lega juga dengan kandungan essential oil semuladi di dalamnya sangat baik untuk batuk sakit tekak dan selsema. Bayi pun boleh guna sekali.

 

Selamat mencuba!

Facebook Comments