Home Uncategorized 10 Tips Persedian Percutian Ke Brunei
10 Tips Persedian Percutian Ke Brunei

10 Tips Persedian Percutian Ke Brunei

0
0

Perjalanan ke Brunei pasti akan menjadi lebih indah dengan perancangan rapi sebelum anda ke Brunei. Di sini saya sediakan tip persediaan awal sebelum ke Brunei agar perjalanan anda lebih mudah dan lancar.

10 TIP PERSEDIAAN PERCUTIAN KE BRUNEI

Bercuti semestinya menyeronokkan tetapi sebelum nak pergi bercuti ke negara yang kita tak biasa pergi biasanya kita perlu rancang perjalanan kata orang putih kena buat itenarinya. Saya kongsikan 10 langkah mudah untuk bercuti ke brunei:-

1.Rancang Perjalanan

Tahun 2019, merupakan target saya untuk melawat Brunei, hampir 10 bulan menabung, mendapatkan info tapi Bulan 11, saya lebih serius apabila ibu sendiri nak ikut turut serta ke Brunei. Jadi saya dan suami bersetuju untuk ke Brunei secara backpakers dan melalui jalan laut. Saya dan suami membuat persediaan perbelanjaan secara khusus dan rancangan perjalanan (itinerary perjalanan). Kami bersetuju untuk bertolak pada 30 November 2019, menggunakan Feri dari Labuan pada 1 Disember 2019 untuk masuk ke Brunei. Tempoh keberadaan di Brunei 3 hari 2 malam. Kami akan share itinerary di Brunei di post seterusnya. Follow us ok!

2.Persedian Passport Malaysia

Sebagai persediaan awal, apabila masa perjalanan ke Brunei telah ditetapkan, langkah seterusnya adalah memperbaharui atau membuat pasport. Untuk makluman anda, pasport untuk perjalanan ke Brunei ada 3 jenis

i. Passport Antarabangsa Malaysia  – RM200 untuk 5 tahun. Kadar bayaran untuk kanak-kanak dan warga emas pula adalah RM100.

ii. Passport Terhad ke Brunei – hanya untuk warga Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Passport ini hanya boleh digunakan ke Brunei. Kadar bayaran adalah RM50 untuk 5 tahun.

iii. Dokumen Perjalanan Kumpulan – untuk warganegara Malaysia, minima 5 orang hingga 20 orang. Dokumen ini boleh digunakan mengunjungi negara-negara ASEAN (kecuali Filipina dan Indonesia). Tempoh sah laku dokumen ini adalah 9 bulan sahaja dan bayaran RM200 untuk satu dokumen.

Jadi, terpulang kepada anda, yang mana satukah yang menguntungkan anda berdasarkan keperluan perjalanan anda. Kami pilih ‘passport antarabangsa’, mana tahu akan melancong lagi di Negara lain. InsyaAllah!

3. Perlindungan Takaful

Perlindungan takaful sangat penting ketika berada di luar Negara. Kami memilih Takaful International TripCare 360 dari Etiqa Takaful. Perlindungan meliputi kematian, medical, travel inconvenience, losses, personal liability, emergency services dan adventurous activities dengan harga Takaful Silver RM62.55 sahaja untuk 1 family (2 dewasa, 3 kanak-kanak). Berbaloi. Perlindungan takaful wajib dimiliki bagi penjawat awam yang bercuti atau mempunyai urusan di luar negara. Berminat untuk takaful boleh call atau whatsapp agen ini, pantas dan mesra orangnya – Faizal Etiqa – +60166177117.

 

Perlindungan takaful International Trip 360 dari Etiqa Takaful

4.Permohonan Ke Luar Negara

Suami, seorang penjawat awam, makanya terdapat prosedur dan kelulusan top management yang perlu diperolehi. Tetapi bukan susah pun, just follow the prosedur, InsyaAllah dapat kelulusan. Kelulusan permohonan ke luar Negara selewatnya 1 bulan sebelum bertolak/ berlepas pergi. Ada 2 borang perlu diselesaikan, pertama Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar Negara atas Urusan Persendirian, kedua Borang Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan ke Luar Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2015. Selain 2 borang ini, beberapa dokumen perlu disertakan iaitu:

I. Kelulusan cuti rehat

Ii Perlindungan Insurans

Iii. Tiket Kapal Terbang – bagi yang travel dengan kapal terbang.

Then, hantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Alhamdulillah, seminggu sebelum bertolak, semua telah diluluskan.

5. Install Apps Map.me

MAP.ME app boleh diperolehi dari playstore bagi android dan App Strore  bagi Iphone. MAP.ME sangat istimewa dan membantu untuk perjalanan kita di brunei atau negara-negara lain. Ini kerana, kita pasti akan menggunakan maps sebagai guidance untuk ke attraction places. Kalau kita menggunakan waze atau google map, kita perlukan jaringan internet. MAP.ME tidak perlu! Yang penting, install MAP.ME, terus install map brunei sekali. Aplikasi MAP.ME sangat memudahkan kerana ia telah memuatkan cadangan hotel berdekatan dan booking button, attractions, dan restaurants, petrol dan lain-lain. Just tekan je.

6.Pastikan Pengankutan Di Brunei

Pergerakan kami di Brunei lebih mudah dengan menggunakan kereta sewa. Di Brunei tiada Grab atau My Car, hanya aplikasi Dart sahaja. Dart – Di Brunei ada 1 apps yang sama seperti Uber/Grab , boleh download di app store atau play store, maklumat lanjut klik sini https://www.dartbrunei.com/taxitariff/. Tambang teksi juga agak mahal. Bas, emm kadang-kadang terserempak. Bagi sesiapa yang memerlukan kereta di Brunei, saya suggest ambil dengan kawan suami, Din dari Malaysia, kerja di Brunei +6738180550, boleh whatsapp dia. Sewa kereta Vios $110 untuk 2 hari. Kereta baru, hari kami pulang, siap dia tolong hantarkan lagi.   Service terbaik dan dipercayai!

Selain kereta sewa, bagi kami sekeluarga, kami menggunakan jalan laut sebagai laluan kami ke Brunei. Dari Labuan, kami menaiki Ferry Goldwill Star, Jam 9.30 Pagi di Jeti Labuan. Harga dewasa RM 35, Kanak-kanak RM 15 dan kanak-kanak di bawah 5 tahun RM 6.

Jangan lupa bawa passport ketika pembelian tiket di kaunter. Boleh juga membuat pembelian tiket secara online di easybook.com.

Untuk pembelian tiket di Jeti Serasa, anda boleh terus ke kaunter selepas tiba di jeti, so, bila di Serasa Brunei, have a look kaunter-kaunter pembelian tiket di sana, walaupun tutup, lihatlah masa yang sesuai untuk pulang. Kebiasaannya kaunter pembelian tiket akan dibuka sejam sebelum feri dari Serasa ke Labuan. Tentukan masa dan datang awal.

Boarding pass feri dari Serasa ke Labuan

7.Jangan Lupa Buat Roaming Phone

Jangan buat silap! Saya dan suami memang sudah me-roaming phone awalnya, tapi entah apa problemnya memang tak dapat contact sesiapa di Brunei. Jadi hanya mengharap ehsan dari Hotel yang kami diami. Ada juga usaha untuk tukar ke sim card Brunei, tapi tak berbaloi, $ 35-40, atau lebih RM 120 duit Malaysia. Internet di Brunei pun agak mahal. Dari penceritaan suami, broadband macam TMNet di Malaysia, cost sebulan $200 = RM 600 kita..wow! Sekiranya anda memang memerlukan simcard Brunei, boleh cari di kedai-kedai buku. InsyaAllah ada. Ada DST atau Progresif. Sebagai tambahan, anda tidak perlu risau atau khuatir, soket plug di Brunei sama seperti di Malaysia untuk memudahkan penggunaan elektrik di sana.

8.Booking Awal Hotel

Untuk hotel, saya sangat berpuas hati dengan Higher Hotel. Berdekatan Bandar Seri Begawan, restoran, pasar, bak kata semua dekat lah. Opss, dobi pun sebelah je ok. Harga berpatutan. Rombongan kami, 3 Dewasa, 3 kanak-kanak, Bilik 1 Katil King dan Single dengan kos $58. Yang paling best, Internet laju.. Maklumlah, tiada linekan..xdapat roaming. Masuk sahaja hotel, alhamdulillah, kemas, cantik dan mewah!  Untuk Booking boleh call atau whatsapp +6733338888 atau emel: info@higherhotelbrunei.com atau boleh reserve di booking.com.

Kedai Dobi sebelah Hotel Higher

Kaunter Higher Hotel

Bilik yang kami bermalam di Hotel Higher sepanjang 2 hari. Nice!

9.Tukar Duit Brunei

Jangan lupa untuk tukar duit Malaysia – Brunei. Kalau duit Brunei tiada stok, boleh juga tukar ke Dollar Singapore. 1 Brunei atau 1 dollar Singapore bersamaan +RM3 Nilai Matawang Malaysia. Sebaiknya, sediakan duit secukupnya sebelum ke sana. Jangan risau, di sana ada juga Maybank tau untuk sebarang transaksi. Dollar Singapore dan Brunei sama nilainya, dan tidak mustahil anda akan menerima matawang Singapore di Brunei.

Baki duit brunei, yang dibawa pulang ke Malaysia.

10.Travel Kit

Last but not least, sediakan travel kit dari aspek ubat-ubatan dan paling balm Tasneem. Balm Tasneem ni, bukan nak promote, tapi sangat berguna apabila tiba saat  keperluannya. Pergi bersama dengan anak-anak, pastinya anak-anak akan letih, merengek. Just sapu calm or sleep balm. Krooh dia Insya Allah. Selsema pula, sapu je CF Rub balm, sakit perut, berangin, ye la tempat asing, makanan pun walaupun makanan nusantara Asia, hihi kadang-kadang siapa yang tahu kan. So sapu je T-Rub balm. Soal kulit mengelupas, bila travel, boleh gunakan Skeenz balm. So complete set untuk travel. Sangat berguna dan bermanfaat! InsyaAllah. Mana yang perlukan travel kit ni, boleh whatsapp 013-2223057 Azizah Mohd Zan.

Set travel dari Tasneem Naturel

Semoga persiapan percutian anda di Brunei dihiasi kemanisan dan kebahagian bersama keluarga. Nantikan perkongsian saya mengenai tempat-tempat menarik di Brunei.

jika mahu dapatkan produk hebat ini boleh hubungi saya klik di sini

Facebook Comments