Home Minat Membaca 10 Soalan Anak Bertanya Mengenai Korban
10 Soalan Anak Bertanya Mengenai Korban

10 Soalan Anak Bertanya Mengenai Korban

0
0

Malam ni, kita buat aktiviti berkaitan dengan korban, esok kan raya Korban; nak tak? Tanya aku

Nak! Jerit waqar, ubadah dan urwah.

 

So, bingkas aku, bangun Open the laptop, click You Tube, Origami Lembu…jumpa, ingat tak de.. ni aku sediakan link untuk memudahkan pembaca 

 

 

Jadi, perlahan-lahan la aku melayan, pause-play supaya anak-anak dapat ikut.. 

Eh kenapa tak sama ni abati, tanya Ubadah.. ala tak pe, kejap lagi kita gunting kasi comel, balas aku.

 

10 Soalan Anak Bertanya Mengenai Korban

 

Dalam aktiviti tersebut, aku selit cerita mengenai Korban, sepanjang aku bercerita mengenai korban ini beberapa pertanyaan yang aku perasan ditanya oleh anak-anak.

 

  • Qurban ni apa?

 

Ibadah qurban adalah menyembelih binatang ternakan pada masa tertentu untuk dekat dengan Allah. Kemudian dagingnya kita sedekahkan kepada orang ramai.

 

 

  • Sembelih tu macam mana?

 

Kita gunakan pisau yang tajam dan potong bahagian leher binatang sehingga putus urat halkum (saluran pernafasan) dan urat merih (saluran makanannya)

 

 

  • Binatang tu tak sakit ke?

 

Kita buat dengan penuh kasih sayang, pantas dan cermat. So kita akan gunakan pisau yang tajam supaya urat binatang putus dengan cepat tanpa menyiksa dan menyakitkannya.

 

 

  • Korban ni wajib ke macam solat? 

 

Korban ni sunat muakkadah bagi orang yang berkemampuan, kalau kita ada lebihan pendapatan, kita digalakkan untuk melakukan ibadah korban. Setahun sekali je. Solat 5 kali Sehari.

 

 

  • Ubadah nak tahu tak macamana kisah korban ni berlaku?

 

Ibadah qurban ini kita lakukan mengambil contoh pengajaran dari kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Aku mula bercerita panjang kisah nabi Ibrahim dan Ismail dalam pensyariatan korban. Ha semua itu ada diceritakan dalam al-Quran menerusi Surah al-Saffat, ayat 102 hingga 107.

Allah perintahkan supaya Nabi Ibrahim menyembelih anak yang amat disayanginya. Mereka berdua reda dan menerima perintah itu seikhlasnya semata-mata kerana Allah SWT. perancangan ALLAH SWT ialah yang sebaik-baiknya. Ketika melaksanakan perintah itu, ALLAH menggantikan Nabi Ismail AS dengan seekor kibas yang sihat. Itu semua kuasa Sang Pencipta. Kedua-dua nabi ALLAH itu bersyukur atas rahmat-Nya. Melalui kisah ini, kita dididik betapa hidup di dunia menuntut pengorbanan. Waqar dan Ubadah pun banyak berkorban membantu abati ummi, korban masa, tenaga.. anak soleh. Kita juga dapat lihat, kita tidak boleh terlalu sayang kepada harta-harta dunia, kerana semuanya milik Allah, kita mesti berkongsi rezeki dan nikmat dengan golongan yang kurang bernasib baik. – ringkasannyalah.

 

Esoknya, aku bawa Waqar ke IPDAS, untuk aku lihatkan proses penyembelihan. Seronok betul dia. Seronok-seronok, berani takut.. Ada beberapa soalan yang ditanya sempat aku menjawab dalam kesibukan mengurus korban.

 

 

  • Abati, lembu tu besar, ni kecik pula?

 

Kita nak sembelih lembu ni, mesti kena pastikan lembu tu mencapai tahap minimum umur. Kalau lembu/ kerbau, mesti minimum umur 2 tahun ke 3 tahun, atau lebih. Urwah umur berapa tahun? Nak dekat 2 tahun jawab dia.. oo tak leh sembelih lagi, kecil lagi kan.

 

 

  • Ayam pun boleh buat korban ke Abati?

 

Ibadah korban ini, hanya sah dan disyaratkan ke atas haiwan ternakan yang berkaki empat (al-an’am) je, seperti lembu, unta, kambing, biri-biri dan semua la yang sama jenis, tak kira jantan atau betina. Ayam berapa kaki waqar? 2 je, sengih waqar.

 

 

  • Boleh ke kita sembelih lembu waktu malam, dah panas ni..malam tak panas?

 

Waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan qurban ialah dari masa khatib turun dari atas mimbar selepas khutbah pada 10 Zuhijjah sehingga terbenam matahari tarikh 13 Zulhijjah. Buat waktu malam, boleh, tapi makruh, tidak digalakkan, susah lah nak sembelih..kan,  orang ramai pun susah datang, nanti nak lapah, nak asing.. mengantuk la pula, mesti kena buat lepas isyak kan?..

Tapi Ibadah korban tidak sah dilakukan pada malam Hari Raya Aidil Adha (10 Zulhijjah ) atau pada malam 14 Zulhijjah.

 

 

  • Lepas ni kita dapat daging tak abati?

 

Insya Allah, daripada daging korban ni akan dibahagi-bahagikan 1/3 kepada pihak yang berkorban dan ahli keluarganya, 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin dan 1/3 lagi dihadiahkan kepada sahabat dan jiran-jiran.

 

 

  • Kesiannya lembu tu…

 

Sebab itu kita tidak boleh kejam terhadap binatang. Kita tidak boleh menyakitinya dengan pukulan atau herdikan. Tidak boleh ketawa atau mengejek-ejek haiwan yang akan disembelih. Berlaku ihsan dan tawaduk dalam ibadah. Jangan lupa untuk baca bismillah.

Setiap darah yang tumpah semuanya akan menjadi pahala yang akan bawa kita ke syurga. 

 

Facebook Comments